Friday, February 11, 2011

PERUBATAN ALTERNATIF


Perubatan Alternatif

Perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme adalah tergolong dalam perubatan alternatif. Perubatan alternatif adalah sangat berkesan dan mujarab jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Sebagai perubatan alternatif sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri istimewa yang membezakannya daripada perubatan alopati atau konvensional yang rata - rata manusia sudah mengenalinya. Walaupun perubatan konvensional lebih berpengaruh tetapi ini tidak bermaksud ia lebih baik dan sempurna.

Ciri-Ciri:

Saintifik
Kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah menurut kaedah moden yang saintifik. Kajian yang dijalankan terhadap manusia dan bukannya haiwan makmal akan menghasilkan keputusan yang sangat tepat.         

Efektif
kajian dan penyelidikan yang teliti dengan rakaman pemerhatian yang kemas dan perumusan yang tepat menjadikan perubatan alternatif sangat berkesan mengatasi pelbagai penyakit akut dan kronik, penyakit yang sudah lama bertapak dalam masyarakat mahupun yang baru menjelma, sesuai dengan pengertian hadis bahawa, "Bagi setiap penyakit ada ubatnya, dan Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan dengannya sudah ada ubat."
       
Ubat-ubat dirumus berpandukan prinsip pengilang dan pengeluaran yang jelas dan termaju membuatkan pengguna lebih yakin terhadapnya. Ekoran dari situ maka perubatan alternatif kian pesat berkembang dan diterima umum mercapada.

Selamat
Perubatan alternatif lazimnya tidak mempunyai kesan sampingan dan dengan itu adalah paling selamat digunakan biarpun dalam tempoh yang lama. Ini adalah ciri paling utama yang menyebabkan perubatan alternatif mendapat sanjungan era ini.

Di Malaysia, Allahyarham Profesor Dr. Azizan Bin Hj. lsmail, pada hayat beliau sebagai penasihat Syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. adalah antara beberapa orang yang paling giat berusaha memperkenal dan menyebarkan pengetahuan mengenai perubatan alternatif ini di kalangan masyarakat di semua lapisan. Diatas kegigihan dan kaedah yanq tersendiri, beliau telah berjaya menggerakkan hati masyarakat untuk mencuba, mengguna dan menerima perubatan alternatif dalam kehidupan seharian mereka. Usaha ini bukanlah suatu yang mudah. Terdapat pelbagai rintangan dan halangan. Namun dengan semangat dan hati yang cekal, semua itu dihadapi dengan hati yang tenang dan sabar.